PLMI merupakan institut latihan memandu yang beroperasi secara sah di bawah pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dengan lebih 28 tahun pengalaman, kami komited menyediakan latihan memandu berkualiti tinggi dan efektif.
PLMI merupakan institut latihan memandu yang beroperasi secara sah di bawah pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dengan lebih 28 tahun pengalaman, kami komited menyediakan latihan memandu berkualiti tinggi dan efektif.
Latihan memandu berkualiti dengan jurulatih berpengalaman dan cekap serta harga yang berpatutan.
Beroperasi secara sah di bawah pemantauan JPJ dengan lebih 28 tahun pengalaman.
Dipercayai ratusan ribu pelajar pelbagai latar belakang, warganegara serta agensi kerajaan dan swasta.
Latar Belakang
Pusat Latihan Memandu Intensif Sdn. Bhd. (PLMI) yang bertaraf institut telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 1994.
Dengan pengalaman operasi yang luas sejak tahun 1998, PLMI telah membantu lebih 300,000 pelajar berjaya memperoleh lesen memandu melalui sistem latihan yang tersusun dan berkesan.
PLMI merupakan salah sebuah institut perlesenan memandu yang beroperasi secara sah di bawah pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan latihan memandu yang berkualiti, profesional dan memenuhi keperluan semasa.
Kelas Memandu
Berikut ialah senarai jenis-jenis lesen memandu dan kategori lesen yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Memandu Intensif (PLMI).

Kenderaan ringan transmisi manual

Kenderaan ringan transmisi automatik

Motosikal berkapasiti enjin tidak melebihi 250cc

Motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc

Latihan khusus untuk pemanduan lori kenderaan berat

Latihan pengendalian jentera-jentera berat

Lesen untuk pemandu kenderaan barangan bagi tujuan komersial

Diperlukan bagi pemandu kenderaan penumpang
Proses Mudah
Hubungi pihak kami untuk membuat temu janji atau bertanya sebarang maklumat berkaitan kelas memandu.
Hadir ke pejabat PLMI untuk proses pendaftaran, pengesahan dokumen dan penjadualan kelas.
Ikuti kelas teori dan praktikal bersama jurulatih berpengalaman sehingga anda mahir dan bersedia untuk lulus.
Kelebihan
Perkhidmatan pengangkutan dari rumah.
Latihan tersusun untuk anda lulus lebih pantas.
Tandas, surau dan kafe untuk keselesaan pelajar.
Dibimbing oleh tenaga pengajar profesional.
Testimoni



